Apakah itu perdagangan CFD?

Perdagangan CFD bermaksud perdagangan Kontrak untuk Perbezaan, satu bentuk popular perdagangan derivatif. Ia membolehkan pedagang membuat spekulasi mengenai pergerakan harga pelbagai instrumen kewangan, seperti saham, komoditi, indeks dan mata wang, tanpa memiliki aset asas. Berikut adalah gambaran mudah mengenai cara perdagangan CFD berfungsi, ciri-ciri utamanya dan risiko yang berkaitan.

Cara perdagangan CFD Berfungsi

Dalam perdagangan CFD, anda membuat spekulasi tentang pergerakan harga sesuatu instrumen, meramalkan sama ada harganya akan meningkat atau jatuh tanpa benar-benar memilikinya. Untuk bermula, anda membuka aras berdasarkan jangkaan pasaran anda: anda membuka aras panjang (beli) jika anda fikir harga akan meningkat, atau anda membuka aras pendek (jual) jika anda fikir harga akan jatuh.

CFD didagangkan pada margin, bermaksud anda hanya perlu mendepositkan peratusan kecil nilai penuh dagangan. Penggunaan leveraj ini membolehkan anda menggandakan potensi keuntungan dan juga kerugian. Untung atau rugi dikira berdasarkan perbezaan di antara harga pembukaan dan penutupan aras anda, digandakan dengan bilangan unit CFD yang anda pegang. Jika pasaran bergerak menyebelahi anda, anda menghasilkan keuntungan. Jika ia bergerak bertentangan dengan anda, anda mengalami kerugian. Mekanisme ini membolehkan pedagang terlibat dalam pasaran menggunakan jumlah modal yang agak kecil sambil masih berpeluang untuk meraih manfaat daripada pergerakan harga yang ketara.

Terdapat lima jenis instrumen perdagangan CFD yang tersedia di Doto:

  • Pertukaran asing (forex)
  • Saham syarikat
  • Indeks pasaran saham
  • Komoditi
  • Mata wang kripto

Anda boleh menyemak senarai penuh di laman web Doto.

Ciri-ciri utama perdagangan CFD

  1. Leveraj. Dengan leveraj, anda boleh berdagang aras yang lebih besar dengan jumlah modal yang lebih kecil. Namun, walaupun leveraj boleh meningkatkan pulangan anda, ia juga boleh meningkatkan kerugian anda.
  2. Akses pasaran. CFD memberikan capaian kepada pelbagai jenis instrumen dari satu platform perdagangan, termasuk saham, komoditi, indeks dan forex.
  3. Fleksibiliti. Dengan CFD, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan dan kejatuhan pasaran dengan membuka aras panjang atau pendek.
  4. Tiada pemilikan. Anda tidak memiliki aset asas, yang bermakna anda boleh mengelakkan kos dan sekatan tertentu yang berkaitan dengan pemilikan.

Risiko perdagangan CFD

  1. Risiko leveraj. Leveraj boleh menggandakan kerugian dan juga keuntungan. Pergerakan kecil pasaran boleh mempunyai impak yang besar terhadap akaun perdagangan anda.
  2. Risiko Pasaran. Harga boleh jadi tidak menentu, dan pergerakan mendadak pasaran boleh mengakibatkan kerugian yang ketara.
  3. Kos. Perdagangan CFD boleh melibatkan kos seperti spread, komisen, dan yuran pembiayaan semalaman, yang boleh mempengaruhi keseluruhan keberuntungan anda.
  • Tutorial platform

    Ikuti panduan mudah untuk mendaftar, membuat deposit, pengeluaran dan banyak lagi

  • Perihal perdagangan

    Fahami perkara asas untuk memanfaatkan dagangan anda sepenuhnya

Laman web kami menggunakan kuki

We use cookies to improve both your experience with us and our traffic analysis services. Please review and accept our Privacy Policy and Cookies Policy.