Kenapa pilih Doto
Ingin berdagang lebih pintar? Selamat datang ke Doto! Kami menggabungkan ciri-ciri mesra pengguna dengan analitis terbaik untuk meningkatkan perdagangan anda.
Kami memudahkan perdagangan
Doto ialah sebuah platform mudah digunakan yang membantu anda berdagang dengan lebih pintar dan membuat keputusan berpandukan data. Anda boleh meramalkan pergerakan pasaran dengan isyarat perdagangan terbina dalam, menjayakan dagangan anda dengan mudah dan tanpa tekaan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah:
- Pilih instrumen — kami akan menunjukkan apa yang sedang popular
- Tekan Berdagang dengan isyarat untuk membuka dagangan
- Kami akan uruskan selebihnya! Dagangan anda akan ditutup secara automatik selepas mencapai sasarannya
Jika anda adalah pedagang yang lebih berpengalaman, anda boleh membuat analisis anda sendiri menggunakan alat analitis, suapan berita dan kalendar ekonomi di Doto. Itu bermakna anda boleh:
- Membuat keputusan perdagangan yang termaklum dengan analitis
- Kekal maklum dengan perkembangan terkini pasaran
- Mengesan peluang dengan lebih pantas dengan kalendar ekonomi
Isyarat dan pandangan ini disediakan oleh Trading Central, sebuah perkhidmatan penyelidikan dan analitis pasaran kewangan terkemuka yang dipercayai oleh 100 juta pengguna di seluruh dunia.
Syarat perdagangan terbaik
Dengan Doto, anda mendapat syarat terunggul yang direka untuk memperkasakan perdagangan anda:
- Leveraj sehingga 500x
- Spread ketat dari 1 pip
- Bonus deposit sehingga 50%
- 0% komisen untuk deposit dan pengeluaran
- Pengeluaran pantas
- Perlindungan baki negatif
- Sokongan 24/7
Kami adalah selamat
- Kami dilesenkan secara global oleh FSC Mauritius, CySEC Cyprus, FSCA Afrika Selatan, dan FSA Seychelles
- Dana anda disimpan berasingan daripada dana kami di bank terkemuka, jadi anda boleh mengaksesnya dengan mudah pada bila-bila masa
- Anda dilindungi sehingga €20,000 oleh Suruhanjaya Kewangan jika berlaku sebarang masalah
Sedia untuk bermula? Cuba akaun demo anda yang telah dimuatkan dengan 10,000 dolar demo dan uji pasaran tanpa risiko.